Binance Malaysia

Binance telah diperkenalkan oleh Changpeng Zhao di Seychelles dan merupakan salah satu platform pertukaran mata wang kripto di dunia. Bagi yang baru berjinak – jinak dengan dunia kripto, Binance sebenarnya tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia, malah ia juga tidak mempunyai sebarang pejabat atau pusat operasi di sini. Pelaburan kripto adalah berisiko tinggi dan pengguna dinasihatkan untuk membuat keputusan yang bijak sebelum membuat pelaburan. Mata wang kripto di letakkan di bawah Akta Kontrak 1950 dan ianya dikategorikan sebagai komoditi.

Binance tidak mendapat kebenaran atau lesen yang sah dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Walau bagaimana pun, Binance merupakan urusniaga yang diiktiraf oleh pasaran antarabangsa namun, tidak mendapat kebenaran dari pihak SC. SC bertanggungjawab mengawasi aktiviti kewangan dan perniagaan dalam bidang sekuriti, derivatif, pengurusan dana, nasihat kewangan korporat, nasihat pelaburan, perancangan kewangan dan skim persaraan swasta. Biarpun SC “Security comission”  tidak membenarkan Binance beroperasi di Malaysia, namun pelaburan Binance adalah sah di luar negara dan ianya tidak menyalahi undang – undang di Malaysia.

Daftar Binance

Kelebihan Binance

    • Menawarkan trading pairs yang melebihi 900 jenis dan juga melebihi 300 jenis mata wang kripto

 

  • Binance menawarkan pelbagai jenis perdagangan, antaranya ialah spot, margin dan futures

 

    • Pemilik akaun Binance berpeluang menyertai program pelaburan yang dianjurkan seperti Binance Pool, Binance Earn, Crypto Loans Binance Visa Card, dan Binance Liquidity Swap

 

  • Pengguna boleh melabur mata wang kripto dalam stake pools, pelancaran token baru dan simpanan beserta faedah harian / tahunan
  • Binance Pool membolehkan pengguna mengakses mining pool khas bagi melombong Bitcoin, Bitcoin Cash, Bitcoin SV dan Ethereum
  • Penggunaberpeluang mendapat pulangan tunai sehingga 8 peratus bagi pembelian tertentu di seluruh dunia (60 juta peniaga) menggunakan Binance Visa Card, walau bagaimana pun ianya tidak termasuk di Malaysia
  • Pengguna juga boleh menyumbang lebihan simpanan wang kripto kepada liquidity pool menggunakan perkhidmatan Binance Liquidity Swap bagi yang memerlukan dana dan boleh mendapat insentif daripadanya
  • Pertukaran mata wang kripto ke wang fiat adalah sangat mudah kerana Binance menggunakan platform peer-to-peer

 

 

Cara Mendeposit Wang ke Akaun Binance

Bagi yang ingin membuat pembelian mata wang kripto, pengguna perlu membeli USDT (Thether) atau BUSD iaitu kripto yang disatukan 1USD hingga 1TETHER. Selain itu, pengguna juga boleh membeli mata wang kripto yang lain melalui Binance. Sebelum boleh membeli sebarang mata wang kripto, pengguna perlu mendeposit wang ke akaun Binance terlebih dahulu melalui salah satu kaedah pembayaran berikut :

 

Kad Kredit / Kad Debit

  • Deposit menggunakan kad kredit adalah lebih mudah
  • Kos pemprosesan akan dikenakan kepada kedua – dua belah pihak
  • Caj perkhidmatan akan dikenakan antara RM 20 hingga RM 30 dan dikategorikan sebagai caj wang pendahuluan

 

Kaedah P2P

  • Penggunaan kaedah P2P adalah lebih mudah dan tiada caj tambahan
  • Pengguna hanya perlu menggunakan fungsi P2P semasa menggunakan perkhidmatan perbankan tempatan

 

BigPay

  • Penggunaan BigPay untuk mendeposit ke akaun Binance adalah lebih selamat dan caj yang dikenakan adalah minimum sekiranya menggunakan Mastercard

 

Bank Deposit (SWIFT)

 

  • Deposit menggunakan Bank Deposit (SWIFT) adalah tidak digalakkan kerana prosesnya sangat perlahan

 

 

Luno (XRP)

  • Pengguna boleh membeli mata wang kripto XRP (Ripple) dari Luno dan memindahkannya ke Binance dengan caj perkhidmatan yang rendah
  • Caj sebanyak 2 peratus sahaja akan dikenakan

 

eWallet  

Pengguna boleh menggunakan salah satu eWallet berikut bagi urusniaga Binance

  • PayNow
  • Paylah
  • ShopeePay
  • DANA
  • LinkAja
  • Gopay
  • OVO
  • TNG
  • GrabPay

 

eWallet ini hanya terdapat di Asia Tenggara sahaja dan pengguna perlu membuat pilihan ewallet semasa membuat pembayaran di akaun Binance.

Kesimpulan

Sebagai pelabur yang bijak, anda perlu membuat keputusan yang terbaik sebelum memulakan perdagangan mata wang kripto ini. Seperti mana yang telah diterangkan pada awal artikel, Binance tidak mempunyai sebarang lesen yang sah dan diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Walau bagaimana pun, pengguna boleh menggunakan Binance sekiranya berani mengambil risiko dan ianya terpulang kepada keputusan masing – masing. 

 

GoPahang